Powered By Blogger

Sabtu, 25 September 2010

Puppy Linux 5.1.1

tajuk harini adalah sama yang dinyatakan diatas.. siapa disini tahu tentang linux puppy?? ramai x tau kn.. linux puppy merupakan salah satu daripada beribu-ribu distro linux.. ia merupakan linux yang paling ringan sekali.. linux ini hanya memerlukan 128mb space.. dan boleh dioperasikan hanya menggunakan usb pendrive.. jadi stok komputer lama yang dah jahanam hdd boleh beroperasi menggunakan linux puppy..fungsi linux ini adalah untuk menghidupkan komputer2 lama yang menggunakan porcessor lama seperti pentium I..

eksperimen telah dilakukan dengan menggunakan chenta hati saya.. iaitu laptop sendiri.. waa.. aku berani2 je wat benda ni.. oleh kerana aku tidak berhasrat untuk install benda ni dalam lappy kesayangan.. aku menggunakan virtual box untuk mengoperasikan os ni..

aku menggunakan oracle virtual box yang boleh didownload pada cnet.com.. Alhamdulillah segala perkara berjalan dengan lancar.. ada la sedikit masalah yang terjadi.. besela noob cm aku ni.. bukan bidang aku kn ict ni.. sume ikut video aku download kt youtube je.. terima kasih youtube..


selepas menjalankan os ni dalam virtual box.. aku bagilah sedikit review pasal benda ni.. 1st tengok memang simple je interface dier.. lama gak aku godek2.. aku dapat gak la menggunakan internet melalui os ni.. so sape2 yang ada komputer lama kat umah yang da x ley pakai cubela manggunakan os ni kerana ia ringan dan dapat menjimatkan duit anda.. setakat permulaan belajar komputer dan nk kenal-kenal pasal pc ni amat dialu-alukan..

sori sangat aku x dapat nk bagi screenshot untuk os ni.. tenet lembab sangat la.. Insyaallah aku akan bagi screenshot untuk os ni dalam laptop aku..

huhu.. aku saje2 je gunakan os ni.. sebab aku suka mencuba benda baru.. banyak lagi distro linux ingin aku cuba.. besela mase mencemburui aku.. yang penting aku dapat install os ni melalui pendrive.. so sape2 yang lappy nye x ley boot pc.. aku just plug in pendrive.. set boot kepada usb flash.. automatik os ni dapat dijalankan.. ia dapat membuka fail2 dalam partition C,D dan partition2 lain dalam pc.. bergantung pada bape byk partition dalam pc anda.. ini dapat membantu meyelamatkan fail2 penting seperti esaimen dan sebagainya..

yang paling penting, belajar dan terus belajar.. sampai cni la karangan merapu aku kalu ni.. mungkin hari lain ada benda baru aku buat dan aku akan share ngn u all sume.. caiyok2..

Rabu, 22 September 2010

ubuntu 10.10 maverick meerkat beta testing

hari ini aku mendapat info daripada pensyarah dan seorang rakan india di ipg berkenaan dengan os ini. sepertimana yang diterangkan, os ni masih lagi dalam beta testing. final release akan dikeluarkan pada 10 oktober ini bersempena dengan versi keluaran 10.10.

aku sebenarnya agak ketinggalan kerana masih lagi menggunakan lucid. kerana ubuntu paling cepat update versi os. jadi aku cuba sedaya upaya mencari ilmu pasal ubuntu coz im a new learner. bayangkan la orang da mahir menggunaka os ni.. aku masih lagi terkial-kial menggunakan ubuntu..

laptop aku masih lagi menggunakan versi 10.04. pernah terlintas untuk aku mengupgrade os ni ke versi beta ini. tapi apakan daya. internet dekat kampus ni punye la lembab.. memang menyakitkan hati.. suka atau tidak aku akan tungu versi 10.10 final release..

oleh kerana aku belum lagi menggunakan siri yang baru ini. jadi aku tidak boleh memberi apa-apa review pasal versi 10.10 ini.. mungkin dalam masa terdekat setelah final version ni keluar. aku akan sedaya upaya memberikan maklumat berkenaan dengan os ni..

kepada rakan-rakan yang menggunakan os ni.. marilah sama-sama kita berkongsi idea dan pendapat untuk meperkembangkan lagi potensi os ni.. byk input aku nk belajar daripada korang sume..


ini dia maverick meerkat 10.10.. sekumpulan meerkat yang menikmati sinaran matahari pagi..

orang da wat programming dalam ubuntu.. aku bila lagi?? waa sadis2,

Selasa, 21 September 2010

Ubuntu 10.04

kali ini saya ingin menceritakan tentang os linux terbaru ini.. linux ubuntu 10.04.
aku mengenali linux sekian lama.. sejak tahun 2008 rasenye.. waktu itu aku ni agak heavy gamers gak la..
sume game kat laptop yang oleh support aku install..
oleh kerana aku sudah cuci tangan dalam dunia gamers dalam laptop sendiri.. jadi aku lebih fokus kepada penggunaan microsoft.. aku x suke microsoft sebenarnya kerana aku sudah puas dimarahi oleh abah kerana menyebabkan pc dirumah hang.. waktu 2 syok install game kat rumah..

jadi suatu ketika tertarik untuk menggunakan linux.. jadi aku download ubuntu 10.04 dari server linux dan terus install dalam laptop.. of course la aku wat dual boot.. kalau x naya la aku nyer esaimen dalam windows sume.,.

sebenarnya da sebulan aku menggunakan ubuntu ni.. so far so good.. banyak benda aku belajar dari benda ni.. berbanding gne xp dulu.. tau maen game je.. ak syorkan kat korang sume cube os ni.. free je pun.. x salah mencuba kan.. yang aku terkejut.. mase 2 saje2 tekan butang print mase menaip keje.. tetibe printer aku 2 respon dan terus print.. ak macam x percaya.. os ni x perlu install driver pun.. memang salute abes la..



nak kate aku terer memangla tidak.. windows dulu pun aku x reti gne command prompt.. memang x de harapan jadi hacker la ni.. tapi aku tau.. aku boleh belajar lagi coz aku minat sangat benda2 camni.. leka aku dalam dunia ubuntu ni.. betul cakap orang.. ubuntu ni seronok.. yang minat godek komputer memang aku rekemen la cuba.. kalau setakat g wat keje  mikrosof opis pastu men game aje.. rosak antar kedai format x payah la ye.. mesti u all ckp windows better than ubuntu..

lain orang lain pendapat.. terpulang pada diri masing-masing.. benda baru x salah cuba.. hisap dadah pun benda baru gak.. tapi jangan sesekali cuba.. benda baik boleh ikut,,, benda jahat dibuat jangan..

memperkenalkan ubuntu 10.04. seekor kucing hutan.. hahaha


huhu.. x la yang ni wallpaper je.. lucid lynx merupakan kod nama bagi ubuntu 10.04.. ubuntu ni os sebenarnya.. mcm microsoft ada windows.. apple ada mac.. linux ada ubuntu.. jadi pilihan di tangan anda,, tiap os ada kelebihan ada kekurangan.. kita sebagai manusia yang mengawal benda ni.. bukan benda ni mengawal kita.. sampai cni la karangan merapu aku pada hari ini.. ingin tahu lebih lanjut pasal ubuntu.. layari melayubuntu.blogspot.. kat sane la aku belajar pasal ubuntu ni.. kita sama2 membina komuniti melayubuntu disana..

Permulaan Kata.

Assalamualaikum. waktu keramat aku menulis blog buat pertama kali adalah pada pukul 1.46 pagi pada 22 sept 2010.
tujuan aku membuat blog ini adalah kerana ingin mematerikan setiap pengalaman aku yang pernah berlaku yang ada disuatu tempat yang boleh aku lihat senantiasa.
aku merupakan seorang pelajar di IPG Johor Bahru..

kenapa aku menulis blog?
banyak perkara menarik yang berlaku padaku setiap hari.. tetapi aku tidak dapat recall balik setiap pengalaman tersebut.. jadi atas dasar ingin setiap kenangan manis teringat kembali.. maka terciptalah blog ini..

aku mungkin akan cuba update sekerap mungkin blog ni..